Monday, June 22, 2009
Bahaya Plastik
Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum
Ketahuilah Fakta2 berikut:
Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara
Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya
Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.
Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya
KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama
Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini
Wednesday, June 10, 2009
Langkawi 2009
so kite tengok gamba lah ehhh...sambil bercerita...:DKg Selat Bagan Nyior...Pulau Dayang Bunting..Kami tidur di umah adik makcik kat sini...best sgt...Terasa betul suasana kampung nye...di jeti nih boleh memancing tau...ada adik tu...pegang tali tangsi je...bleh dapat kerapu.... Pemandangan nyaa..subhanallah...cantik sgt....kpd yg ada penyakit gayat tuu..haaa naik ni mmg pucat laa.. Sampai di puncak...ada jambatan gantung...untuk ke jambatan gantung tu...haa kena turun bukit yg curam...
dah turun satu hal..nak balik le pulakkk..nak mendaki tu...tp cayalah pd mak ngan ayahku itew...yg steady je panjat bukit..kite yg muda ni...ewahhh muda ke...pon berpeluh-peluh gak laa..mak laa semangat gak nak turun p kat jambatan tu..katanya alang2 dah sampai...turun je...sib baik lee..esok nye steady je jalan...
haaa ini udang2 yg sangat besauuuu...sekilo rm20 lebih je...kat kl kalu...mau rm40 lebih ni
Tuesday, May 12, 2009
Monday, May 11, 2009
Happy Birthday Noor!
Di pagi yang hening tanggal 12 mei 1982....dengan rasminya aku mendapat seorang adik...tengah mamai2 tdo...dengar mak meneran baby...waktu tu mak aku bersalin kat umah je....punye lah susah nak kuar..dek kerana baby tu comel debab dan baby itu membesar menjd dewasa yg kekal comel debab sampai laa lorr ni.. :D dan baby itu di beri nama WAN NOOR AZURA BT WAN HASSAN.
aku suka sgt laaaa dpt adik...mmg aku nanti2 kan..nak adik...umur aku waktu tu 7 tahun...dah skolah pon...mmg waktu tu nak sgt adik sebab pe...aku sibuk nak jd kakak..sebab nanti buleh marah adik..ahahhahahahaa...itu bahana selalu kena buli ngan kak ita lah...dia selalu marah aku dulu..sebab pe dia marah...sebab dia kakak...kak ita tu dia mmg garang sket...dia kakak yg garang...ibu yg garang...tp dia baik hati....jd nya aku nak revenge lah...dah jd kakak nih..leh marah2 adik...tp aku rasa aku tak de lah marah2 adik aku tu bila dah betul2 ada adik...sebab aku baikkkkk...giiiiiituhhh..;)) tak reti nak marah org...aku nak sgt satu perwatakan tambahan dalam diri aku iaitu kekuatan untuk marah org apabila aku marah...malangnya bila aku marah aku akan diam..kalau aku luahkan perasaan marah tu.....maka aku akan ckp merapu...bila dah tenang balik baru pk..napa lah aku tak ckp gitu..gini...itu lah aku...atau mungkin sebab adik aku masa kecik tu dia baik..dah besar ni je...dia suka sgt buat aku marahh..muhahahhahahaa....
lagi satu sebab aku tak suka org panggil aku adik...dah besar pon panggil adik lagi..sampaikan budak kecik drp aku pon panggil aku adik...mana bleh jd....so bila lahirnya adik aku ni...dengan rasminya aku bukan 'adik' lagi lam keluarga....dan hari ni...adik aku tu menyambut hari lahirnya yang ke 27...
doaku semoga dia gembira dalam menjalani fasa baru dalam hidupnya..semoga kebahagiaan menjd miliknya....panjang umurnya...dan bertambah murah rezekinya...amin....
Sunday, May 10, 2009
SAYA SAYANG MAK SAYA
tp aku amat bersyukur punya seorang ibu yang sangat mengasihi anak2nya...kerana anaklah merupakan kekuatannya selama ini...walaupun ada diantaranya hilang bagai ditiup angin....tp aku tau..bukan kerana tidak sayang...tp ada sebab2 nya yang tersendiri yang tidak memungkinkannya untuk mendakap dan mencium ibunya...aku tau dia juga rindu pada ibunya...
tengok gamba masa aku kecik2 nih..masa mengingatkan aku pada betapa besarnya pengorbanan mak...yang membesarkan aku dari kecil yang tidak berdaya hinggalah aku dewasa hingga mempunyai keluarga sendiri...mak...besarnya pengorbanan mak..
Bila kami dah besar....mak suka jd pendengar kami...di waktu kami menginjak dewasa...mak sibuk dengan bisnes restoran dia...mak balik waktu malam....sebelum mak masuk bilik untuk merehatkan badan dia yg letih...mak selalu akan jenguk ke bilik kami...berborak dulu....atau kalo tak de skolah...lepas tutup kedai..mak selalu singgah ke pantai teluk chempedak...amek angin malam....sambil lepak2 minom2...mak ada cara tersendiri mendekati anak yg dah dewasa....cara mak mendidik anak...aku respek lah...walaupun di waktu tu tiada pakar motivasi yg ajar...tp mak lakukan mengikut cara dia....sebab tu SAYA SAYANG MAK SAYA!
tak tercerita kalo nak bercerita tentang mak saya....jasa2nya sungguh banyakkk....tidak terkira dan terbalas....apapun SAYA SAYANG MAK SAYA! kerana mak melahirkan saya kedunia ini...membesarkan saya hingga kini saya telah menjadi mak kepada anak2 saya...dan oleh itu...saya mengerti perasaan apa perasaan seorang ibu terhadap anak2nya...kasih sayang yang tidak terucapkan....malah sanggup melakukan apa saja...demi kasih sayang pada seorang anak...kerana itu setelah menjd ibu...SAYA TERAMAT SAYANGKAN MAK SAYA...
kepada semua wanita yang bergelar ibu...diucapkan...SELAMAT HARI IBU....dan kepada ibu saya sendiri......yani ucapkan 'selamat hari ibu' teristimewa untuk mak tersayang...YANI SAaaaaaYANG MAK!
Monday, May 4, 2009
Happy Birthday Afreen Dania
majlis potong cake nih...dibuat masa malam maktam potong cake..maktam sponsor cake nih...rancangnya nak buat party untuk afreen..tapi date nye lom tau lagi bila...tengok lah keadaan macam mana...
tak lupa selamat hari jadi buat alya qistina yg menyambut hari lahirnya yg ke4...kebetulan hari lahir alyea juga sama ngan afreen....kalo ada kat sini..leh kite celebrate sama2...pd alyea maklang mendoakan yang sama...
Sunday, May 3, 2009
Selamat Pengantin Baru
Majlisnya sederhana tp meriah juga....cuma yang sedihnya..kak ita, tak dpt meraikannya bersama-sama. kalau lah kak ita, abg rashid dan anak2 nye ada sama..pastinya kami akan lebih gembira dan lebih bermakna majlisnya..namun atas sebab-sebab tertentu tarikh pernikahan nor terpaksa diteruskan tanpa menunggu kepulangan kak ita sekeluarga. Jika kami di sini merasa kekurangan tanpa kehadiran mereka sekeluarga pastinya kak ita merasai kesedihannya lebih dari kami, tak mengapalah...ada rezeki nanti..insyaAllah..kita dapat berkumpul bersama-sama nanti bila kak ita dan abg rashid sekeluarga pulang akhir jun nanti.
kepada noor...selamat pengantin baru...selamat memulakan kehidupan baru...hadapilah hari mendatang dengan tenang dan bahagia...semoga menjadi seorang isteri baik...hormati dan taati suami..syurgamu kini dibawah telapak kaki suami..doa kak yani semoga dikurniakan baby secepatnya dan hidup rukun dan damai dan berbahagia sehingga ke akhir hayat...amin!
Majlis doa selamat
webcam life khas utk kak ita yg tak tak mau ketinggalan saat-saat manis adindanya itew...
adik comot ngan maktam
mama ngan pengantin
nina...kak pah..syaza