Krabi???? kat mana tuuuu??? tak pernah dengar pun....itu lah reaksi pertama kali waktu mr hubby ckp antara hadiah dia menang liga boling berupa flight tiket air asia ke Krabi...maka terus le aku browse internet...tengok gamba2 krabi tuu...so baru hari tu lah...tau kewujudan tempat bernama krabi...ketinggalan keretapi kann???
"Krabi dikelilingi pulau pulau yang menghadap hamparan lautan andaman dengan pasir yang memutih dan air sejernih kristal menjadikan ia begitu mempersona yang dianggap memiliki geografi yang paling indah di Thailand Selatan." Membaca ayat tu di internet buat aku lagi le tak sabar2 nak p...
Diam tak diam...sudah tiga minggu berlalu kembalinya kami dari krabi, thailand...sebuah percutian yang sangat menyeronokkan...lebih2 lagi setelah memiliki puteri sulung kami...ini lah kali pertama kami bercuti berdua-duaan gitu....
Setelah diperam berapa lama tiket tu..baru lah kami buat keputusan nak pegi waktu cuti skolah baru2 nih..iaitu 15-18 mac 2009 yang kebetulannya tidak berjauhan dengan anniversary kami yg 9....anak2?? kami dah post ke jb....:D tima kasih ye ciksu kerana menjd pengasuh sementara kami pergi berhuyee-huyee..
15 mac 2009..Penerbangan ke Krabi dari LCCT mengambil masa 1 jam 20 minit. ...setibanya di airport...nampak counter shuttle bus..terus amek tiket kat sana untuk ke krabi town dengan harga 150bht seorang. bas mmg dah sedia menunggu sebab shuttle bus nih mengikut jadual penerbangan semua flight..jd kita boleh ke airport mengikut jadual yg dah ditetapkan...senang..kalo rasa duit tu byk..leh naik teksi..lagi cepatlah sampai ke destinasinya...
Saya pilih Phi Phi Island Tour dan 4 Islands Tour. Harga setiap pakej 1000baht seorang yang saya kira sgt murah. kerana termasuk hotel transfer, tour guide, peralatan snorkling, lunch dan fruits n soft drink disediakan dalam boat .
Program tour phi phi
Maya Bay (Scene of the film " The Beach") which sorounded by mountains
Lohsamah Bay, Pi Leh Bay- beautiful and quiet beaches for snorkling
Viking Cave
Buffet Lunch di Phi Phi Island
Hin Phae, Bamboo Island where the underwater life is superb
Hing Klarng for snorkeling
Tup Island, Chicken Island, Phra nang Cave, Poda Island
Selepas settle urusan di situ mereka hantar kami kami ke hotel yang dah ditempah beberapa hari sebelum kami berangkat melalui laman web http://www.sawadee.com/. tempahan melalui website nih mudah dan cepat . Kami book tiga hotel berlainan untuk 3 malam di sana. saja nak rasa suasana yang berbeza. Mlm pertama dan kedua kitaorg stay kat krabi town, iaitu greenery hotel dan baan andaman resort malam terakhir baru di srisuksant resort di aonang. ingatkan krabi town lah happening..rupanya suasana dan kedai2 di di aonang lagi best baik berbanding krabi town. nak carik makan pon senang..hotel murah...tiga hotel yg kami menginap tu..hanya RM300++ lepas check in..kitaorg ronda2 bandar krabi..kebtulannya hari ahad..byk kedai yg dah tutup..hari tuh kitaorg sewa moto dengan harga 200bht sehari. ronda2 sampai ke malam...dan malam tuh kami tidur dengan lenanya recharge tenaga untuk tour yang aku mmg tak saba2 nak pegi...
keesokkan pagi nya dalam jam 8.30 pagi...seperti yang dijanjikan tour operator baracudas..dtg amek kami di lobi hotel...pagi tu kami dah siap check-out sebab balik daripada tour petang nanti kami akan dihantar ke hotel di baan andaman plak..so beg baju kami tinggal di office baracudas tour ..so tak payah bawak lah sekali naik bot...
Tour ke 4 islands juga tidak kurang menariknya...ada kat satu pulau di Tup Island...kejernihan airnyaa berkaca-kaca, walaupun dalam..pasirnya dapat dilihat dengan jelas...menariknya kita perlu menyeberang untuk ke pulau disebelahnya dengan hanya berjalan kaki...juga satu pengalaman yang menarik...dalam tour nih jugak...ada pergi ke Poda Island...juga tempat ni best...mandi manda kat situ....haa kat sini lee..dpt dilihat topless sunbathing oleh aweks2 mek salleh..pendek kata..sumer island yg dalam tour nih...mempunyai keistimewaan yang tersendiri.... selain pulau..banyak tempat lain yg menarik untuk dilawati kat sana..kalau stay di sana mungkin boleh ambil jungle tour...antara yang menarik elephant trekking, huay tho waterfall atau pergi ke emerald pool, hot spring waterfall dan tiger cave temple...kalo saya stay lebih sehari di sana...pastinya saya akan ambil salah satu daripada tour ni.... Percutian kali ini sungguh indah..malah kebiruan air dengan pemandangan yang indah masih terbayang di mata. Alhamdulillah kerana dikurniakan rezeki hingga aku bisa melihat keindahan alam secantik ini