Monday, June 22, 2009

009 Pictures, Images and PhotosBahaya Plastik

Terbaca satu artikel dalam blog psl penggunaan botol plastik ni...dah lama tau tp tak begitu amik berat...haa bila baca bwh ni...naik gerun kan...

Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum

Ketahuilah Fakta2 berikut:
Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara

Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya

Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.

Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya

KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini

Wednesday, June 10, 2009

009 Pictures, Images and PhotosLangkawi 2009

Huuiiii...lamanya blog nih tak berupdate.....kebizian melanda hampir tiga minggu yg lalu....mmg tak de masa nak update blog walaupun ada byk menda nak diceritakan disini...

antaranya birthday party afreen....p genting sempena sukaneka bernama...percutian keluarga ke langkawi...dan yg paling lama..entry sempena hari guru...nanti lah..walaupun dah basi...akan diceritakan nanti...

so sementelah baru balik dari langkawi nih...dan ingatan pon masih segar..so aku crite psal percutian bersama keluarga ke langkawi..

percutian kali nih datang ilham secara tiba2...kebetulan dok sembang ngan makcik yg jaga anak aku ni...yg aku dah anggap dia sekeluarga macam keluarga aku sendiri...psl tiket flight ke langkawi murah...dia pon ckp...dia nak balik kg cuti skolah ni...nak p langkawi..dan ajak aku sekali p rumah adik dia yg tinggal di satu pulau di sana...sementelah aku mmg dah dengar keseronokkan dia pergi ke rmh adik di langkawi tu...ajakan tu menarik minat aku laa...setelah dpt persetujuan mr hubby...aku pon plan laa....kebetulan plak teringat kat mak ngan ayah aku yg tak pernah ke sana lagi..dan mmg teringin nak ke langkawi tu...maka ini lah masa yg sesuai....so tanpa byk soal..mak ngan ayah aku pon turut serta bersama kami jelajah utara tanah air...haaa tidak ketinggalan anak sedara aku...aka nina..iaitu anak kak ita...yg kebtulannya cuti skolah...pon join memeriahkan percutian kami ini...

last aku ke langkawi 10taun lepas...waktu tu tengah mengandungkan allisya...dan kini langkawi berubah lah...lebih meriah berbanding dulu...
kat sana empat hari tiga malam...satu malam stay kat pantai stay..malam lain nye tido kat umah adik makcik..

so kite tengok gamba lah ehhh...sambil bercerita...:DKg Selat Bagan Nyior...Pulau Dayang Bunting..Kami tidur di umah adik makcik kat sini...best sgt...Terasa betul suasana kampung nye...di jeti nih boleh memancing tau...ada adik tu...pegang tali tangsi je...bleh dapat kerapu.... Pemandangan nyaa..subhanallah...cantik sgt....kpd yg ada penyakit gayat tuu..haaa naik ni mmg pucat laa.. Sampai di puncak...ada jambatan gantung...untuk ke jambatan gantung tu...haa kena turun bukit yg curam...
dah turun satu hal..nak balik le pulakkk..nak mendaki tu...tp cayalah pd mak ngan ayahku itew...yg steady je panjat bukit..kite yg muda ni...ewahhh muda ke...pon berpeluh-peluh gak laa..mak laa semangat gak nak turun p kat jambatan tu..katanya alang2 dah sampai...turun je...sib baik lee..esok nye steady je jalan...
haaa ini udang2 yg sangat besauuuu...sekilo rm20 lebih je...kat kl kalu...mau rm40 lebih ni

hidangan malam pertama....ketam rebus..fuhh manis gilee beb....mereka ni keluarga nelayan...so makan laut fresh dan murah laa..malam seterusnya pon ketam udang gak hidangannya...mmg puas ati makan sea food kat sana...
nak ke langkawi..dari kg tu naik bot...kamikaze je naik bot tak pakai life jacket...huiiii..takott bebbb..mana la tau kan malang tak berbau...tp tu lah..kat sana suasana cam nih..biasa..


sampai ke langkawi...amek masa lam 15-20 minit kot dari kg selat tuu...
ni masa pergi..naik bot tambang utk ke kg tu...