Teringat plak satu artikel dalam Harian Metro bertajuk hindari penyakit dengan bersedekah http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Hindaripenyakitdenganbersedekah/Article
banyak manfaat nye apabila kita bersedekah...jgnlah kita rasa rezeki atau harta kita luak dek kerana bersedekah...malah Allah menggadakan lagi rezeki kita...rezeki yang dikurniakan kepada kita...bukanlah kepunyaan kita kesemuanya...sebahagiannya adalah hak orang lain...
Antara lain selain mendapat kemurahan rezeki..Rasulullah s.a.w juga menyuruh kita supaya bersedekah dan beristighfar untuk mendapatkan zuriat.
Dikisahkan mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:
“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”
Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”
Sesuatu yang sangat simple dan nampak mudah...tapi yakinlah setiap apa yang Rasulullah s.a.w ajarkan pasti tidak sia-sia..