Tuesday, April 19, 2011

Tips Waktu Sesuai Pengambilan Supplement


ohhh....selama nih aku amek supplement di waktu yg salah...kita tak boleh ambil semua supplement serentak kerana ada kesan pada kadar penyerapan..kadang2 lupa atau leka nak amek supplement pd waktu yg ditetapkan so bila sekali makan..terus telan sumer sekali...salahh rupanya...harusnya begini..

seeloknya vitamin dimakan pada waktu malam waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. tapi ada juga supplement yg sesuai dimakan pada waktu2 tertentu..contohnya

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. B-Complex contohnya harus dimakan selepas makan untuk proses penukaran gula menjadi tenaga.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. tubuh lebih mudah menyerap kalsium ketika tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

so jangan lupa amalkan tips berguna ini untuk mendapat khasiat secara optimum.