Tuesday, December 4, 2012

009 Pictures, Images and PhotosSoalan-Soalan yang Biasa Di Tanya Pasal Pure Marine Collagen (PMC)



SOALAN : Kalau orang mengandung boleh makan ke makan PMC? Tak ada effect ke?
JAWAPAN : Boleh. sangat-sangat digalakkan lagi mengambil PMC untuk dapatkan nutrisi tambahan sambil menyihatkan bdan dan mencantikkan diri. Malahan ia akan mencantikkan kulit bayi anda. (seeloknya 4 bulan ke atas)

SOALAN : Saya sekarang mengandung dan tengah makan PMC tetapi muka saya masih berjerawat. Kenapa ya?

JAWAPAN: Ada 2 kemungkinan, pertama kemungkinanan badan anda tengah mengeluarkan toksin kerana salah satu kesan penggunaan PMC adalah mennyah toksikkan badan . Kedua, kemungkinan badan anda tidak memberi tindak balas terhadap PMC tetapi menyerapan PMC anda disalurkan pada bayi anda. Kekadang apa yg Si Ibu makan hasilnya tidak pada si ibu tetapi pada si Anak yang dikandung.

SOALAN: Ibu yang tengah menyusukan anak boleh makan 

JAWAPAN:Ibu-ibu yang mengandung atau menyusukan mempunyai keperluan yang lebih tinggi bagi iodin sebagai mereka mesti membekalkan kedua-dua mereka sendiri dan anak-anak mereka. Linus Pauling Institute mengesyorkan 220 mcg iodin setiap hari semasa mengandung dan 290 mcg sehari semasa penyusuan. Jumlah ini mungkin berbeza bergantung kepada kesihatan anda dan kesihatan anak anda. Pembekal penjagaan kesihatan anda boleh menyediakan anda dengan cadangan tertentu.

 SOALAN :
Kalau kanak-kanak boleh makan tak ?
 JAWAPAN
: Kanak-kanak antara umur 1 dan 14 memerlukan iodin kurang daripada bayi atau dewasa. Antara umur 1 dan 8, kanak-kanak memerlukan 90 mcg iodin setiap hari untuk kekal sihat. Kanak-kanak antara 9 dan 14 memerlukan 120 mcg sehari. Bayi memerlukan tahap yang lebih tinggi iodin, walaupun mereka dengan mudah akan mendapatkan ini dari susu ibu, dengan mengandaikan ibu tidak kekurangan. Bayi memerlukan 110 mcg sehari antara kelahiran dan 6 bulan umur. Bayi antara 6 dan 12 bulan memerlukan 130 mcg setiap hari.


SOALAN :
Saya dalam masa MENOPAUSE , adakah selamat untuk saya makan PMC ini ?
JAWAPAN : Iya, selamat dan disarankan untuk memakan PMC ini kerana PMC ini menstabilkan hormon bagi masalah yang di alami oleh sesetengah wanita yang tengah menopause

SOALAN :
Saya dapati PMC boleh menghilangkan masalah KEPUTIHAN?...bagaimana ?
JAWAPAN :
Itu adalah benar. PMC bersifat sebagai ANTIKUMAN dan ANTIBAKTERIA dimana ia memnyah toksid badan dan menghilangkan semua masalah keputihan

SOALAN :
Apa beza PMC UNGU dengan PMC warna PUTIH ?

JAWAPAN : Khasiat pada PMC ungu dan putih adalah sama kecuali PMC UNGU memiliki tinggi kandungan ANTIOKSIDA nya. Dimana ia bertindak sebagai agen penghalang radikal seperti pencemaran , habuk , asap rokok dan sebagainya. Ia juga bertindak sebagai agen awet muda.

SOALAN :
Adakah khasiatnya bertukar sekiranya PMC dimakan atau diminum dengan bahan lain?


JAWAPAN: Tidak. khasiat di dalam PMC tidak boleh bertukar dengan sekadar campuran lain. Ia hanya boleh ditukar dengan haba yang sangat tinggi kerana ia bersifat PROTEIN.


SOALAN :
Yang mana satu betul bagi kuantiti air untuk rebus PMC?...lain penjual saya tengok lain kuantiti air yang disarankan untuk rebus PMC
JAWAPAN :
Bagi saya semuanya betul. Rebuslah PMC mengikut kekentalan yang kamu ingin kan. ada pengguna lebih suka tebal PMC , jadi kurangkan kuantiti airnya. Ada pengguna lebih suka cair , jadi lebihkan kuantiti air semasa rebus PMC.

 SOALAN :
 Apa beza Pure Marine Collagen @ Rumpai Laut yg dijual ini dengan Kolagen yang banyak dipasaran. JAWAPAN :
 Pure Marine Collagen yang dijual ini dalam bentuk bahan mentah, maksudnya ia adalah asli tanpa sebarang bahan kosmetik yang banyak bahan campuran seperti bahan perisa dan pewarna.

 SOALAN :
 PMC ini ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ? atau ada tanda Halal?
JAWAPAN :
Bagi saya PMC ini tidak perlu ada tanda halal atau kelulusan KKM. Seperti mana anda beli ikan masin kering , iya masih bahan mentah yang tidak perlu kelulusan KKM atau tanda halal sebab anda tahu ia halal dan untuk pastikan ia bersih anda perlu cuci sebersih-bersihnya untuk makan PMC. GUNAKAN TANPA WAS -WAS DAN IANYA BEBAS DARI BAHAN KIMIA.

Kredit: Jumardidamra


009 Pictures, Images and PhotosPerbezaan Antara Collagen Purple dan Kuning

Pepel ke Kuning??? Collagen Purple adalah gred AAA manakala Kuning pula bergred AA. Dua2 nya berkhasiat.

Collagen Purple lebih berfungsi kepada merawat masalah penyakit kronik spt sakit jantung, gout, asma, sendi. Yang kuning pula berperanan untuk kecantikan luaran seperti memperbaiki struktur kulit.

Collagen Purple (Gred AAA)
Diproses semulajadi
Diproses sekali sahaja
Khasiatnya lebih tinggi
Bergaram
Berbau

Collagen Kuning (Gred AA)
Diproses Secara Steam
Diproses 3 kali
Khasiatnya kurang sedikit daripada gred AAA
Kurang Garam
Kurang Bau

Untuk Info:  Warna putih yang melekat pada collagen tu bukanlah kulat. Ianya adalah garam laut. Semakin lama rumpai laut kering tidak dimasak ianya akan mengeluarkan garam untuk mengelakkan dari serangan bakteria.

Khasiat seaweed ungu adalah setanding dgn alga spirulina dan cendawan ganoderma.  Memiliki Khasiat seperti sayuran ungu lain spt bayam, kubis, terung, anggur. Warna gelap seperti ungu memiliki potensi tinggi dalam dunia perubatan dan kosmetik Melanin warnanya diselaputi sejumlah besar protin, vitamin dan zat galian lebih tinggi daripada sayuran bewarna hijau dan putih.   Kuasa anti penuaan dan antioksida tertinggi daripada semua jenis sayuran bewarna ungu lain.

Sunday, November 11, 2012

009 Pictures, Images and Photoslagi info penting collagen

wahhh alhamdulillahh...panansss panasssss sungguh sambutan seaweed pure collagen nih...alhamdulillah..rumpai laut yg banyak khasiatnya yg mampu dimkan oleh semua org..ya laa tak mahal berbanding sarang burung or sirip ikan yu tu kan yg beratus-ratus harganya yang mana khasiatnya hampir menyamainya...

lagi info penting collagen yang anda semua patut tahu..

Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.

Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis dan species (dipecahkan kepada 3 jenis iaitu algae hi

jau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.
Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan Rumpai Laut yang perlu anda tahu:


1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).


2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.


3. Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.


4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.


5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.


6. Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui pembuangan air besar.


7. Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.



8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.





haaaa yang akhir nii pentingg...sebab kita kadang tak sabar nak kesan cepat kan..so makan byk2..tak boleh yaa..kerana..





9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. Namun kejadian ini amat jarang berlaku tapi sekiranya ada tanda-tanda sakit perut, batuk, cirit - birit dan demam anda diyorkan minum segelas susu supaya dapat melegakan proses penghadaman dalam badan.



saya share lagi keratan akhbar psl rumpai laut ni..pure marine collagen dapat:


Buang toksin dan bahan radikal bebas
Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol
Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser
Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme
Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan
Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

Walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh diberikan oleh rumpai laut, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu lagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Nota: wanita yg mengambil pil perancang atau pesakit yg mengidap penyakit kronik spt buah pinggang dan pernah mendapat serangan jantung hendak lah mendapat kebenaran doktor sebelum mengambil produk ini. Sesiapa yg mengalami alergy apabila mengambil makanan laut adalah dilarang mengambil makanan tambahan ini. 





menarik kannn...apa lagii...cuba lahhhhh!!!


Wednesday, October 3, 2012

009 Pictures, Images and Photos100% PURE COLLAGEN MARINE (100% IBU COLLAGEN ASLI)TERBUKTI DAPAT MEMBAIKPULIH STRUKTUR KULIT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

IBU COLLAGEN /RUMPAI LAUT/PURE MARINE COLLAGEN /SEA BIRD NEST @  DIKENALI SARANG BURUNG LAUT OLEH MASYARAKAT CINA


Haaaaaaaaaa ini dia item hot di pasaran…ibu collagen..biasa la kan kita dengar collagen ni…pompuan la especially…wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan…betul laa kata org..muka tak lawa tak pe..asalkan kulit lawa…bila kulit lawa…terus nampak berseri…calit make-up sikit pon dah lawa…tp kalo muka lawa pon..kulit berjerawat or kusam…pakai make-up pon tak cantik. Maka sebut je apa yg boleh buat kulit kita lawa ada yang sanggup berhabis kerananya…almaklumlah collagen yang ada di pasaran bukan nye murah…beratus-ratus reganya sekotak…itu pon beratus bukan utk sebulan..tp ada yg hanya stok utk dua minggu je…yg jenis extrak mmg byk ada yg terbukti berkesan...tp mahal la sikit..yg jenis ada tambahan dlm minuman dlm sachet tu tak diketahui berapa byk kandungan collagen dlm tu...kalo kite berkemampuan..terlebih duit gitu..ok je kan beli yg mahal tuu..janji berkesan so puas hati..kalo tak berhabis utk diri sendiri utk sapa lagi..tp jika ada pilihan lain yg asli pulak tu..kena plak harga nya mmg terbaik..cantek laa kann....memperkenalkan..tadaaaaaaaaaaaaaa….….pure marin collagen yang terhot dipasaran skrg…mmg hot sebab sampaikan stok cepat habis…boleh digunakan tanpa was-was sebab 100% asli tanpa campuran bahan pengawet , bhn kimia yang berbahaya atau diragui..fresh from the sea…boleh diconsume dengan confident  sebab 100% halal. TIada side effect yang buruk melainkan kulit makin cerah, licin, tegang dan cantik.


Rumpai Laut Gred A ini adalah rumpai laut berkualiti tinggi dari Semporna, Sabah dan telahpun digunakan dalam industri kosmetik, skincare, makanan ringan dan lain-lain. Ia telah dikeringkan terlebih dahulu dan siap sedia digunakan sebagai terapi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Produk yang sangat diperlukan dan dikehendaki oleh orang ramai terutamanya wanita yang mementingkan penampilan tubuh dan dalaman yang terbaik dalam pasaran ketika ini.
Rumpai Laut (Seaweed) Gred A ini adalah spesis Euchema Cottonii atau Euchema Kappayachus Alvarezi. Rumpai Laut jenis ini mempunyai jumlah kepekatan kolagen yang tinggi dan juga dikenali sebagai Pure Marine Collagen. Seperti yang disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 pada 20 Mei 2012 lalu, spesis Rumpai Laut ini adalah Keempat terbaik didunia.

                                                rupa yg dah dikeringkan - Gred A 
tu diaa...lagi efektif dan selamat berbanding SKII.

rumpai laut @ ibu collagen, sgt banyak khasiatnye.ada yg hilang sakitisakit badan, sakit lutut dan rasa ringan je bila bangun pagi selepas amalkan mkn ni dlm 4-5 hari je..Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih, dalam masa seminggu akan nampak kesannya especially pori2 muka akan rapat dan nampak licin.. j
boleh nampak beza dalam masa satu minggu
Yang paling best, sesuai untuk preggy women utk dapatkan kulit baby yang putih dan kulit cantik..saya waktu mengandung last year...siap beli sarang burung..kononnya boleh jadikan kulit baby putih dan cantik...agak mahal tp berbaloi juga percubaannya tu..tp kali ni ada yg lebih murah dan tanpa campuran bahan lain...lagi la best..
haa..mencegah lebih baik dari mengubati...jaga lah kesihatan dari skrg...sakit jantung antara punya kematian mengejut yang banyak berlaku sekarang..

Ini adalah grade AAA di order terus dari Samporna Sabah

 PURE MARINE COLLAGEN:
·  Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300) 
·  Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit) 
·  24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2 
·  Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6 
KHASIATNYA PULA:
  • Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
  • Melancarkan kitaran darah
  • Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang
  • Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan
  • Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak
  • membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh 
  • Membantu merawat gastrik.
  • Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu merawat penyakit gout.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Meningkatkan sel rawan dan otot.
  • Merawat penyakit gaut.
  • Mencegah kanser
  • Merawat Anemia.
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
  • Menpercepatkan penyembuhan luka
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  • Memberi Kekenyangan(diet).
  • Melancarkan sistem metabolisme
  • Memulihara usus kecil (sembelit)
CARA PENYEDIAAN:

  • Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali 
  • Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman 
  • Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan 
  • Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus 
  • Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng * tp kalo nak buat masker jgn campo apa2 lah..
  • Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais 

CARA MAKAN:

  • Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur) 
  • Ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja tp ada rasa laut sikit…kalo nak campo dlm air pon boleh ala2 nata de coco gitu..mcm jelly 
  • Sebelum mkn  tu baca Bismillah & Selawat =) 
  • Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker 
  • Satu bekas tu boleh makan untuk 4 minggu..collagen ni tahan lama sebab ianya anti bakteria.

SIAPA YG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ?

  • Org yang nak cantik & sihat semestinya..hehe..
  • ibu mengandung - kulit baby jadi cantik (untuk kandungan 4 bulan keatas shj) 
  • ibu rasa bertenaga & tak mudah letih
  • ibu menyusu pun boleh juga.collagen ni tinggi mineral
  • kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
  • wanita selepas bersalin tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 2 bulan bersalin,anda boleh consume semula..
ada keluar dalam rancangan nona 20 mei 2012. boleh tgk kat tonton... 
boleh gugel di youtube type 

100 % PURE MARINE COLLAGEN @ IBU KOLAGEN ASLI !! (NONA 20 MEI 2012)

Cara2 nya:
  • Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
  • Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
  • Bersihkan muka terlebih dahulu
  • Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
  • Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
  • Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
  • Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali

Jom cuba....hubungi saya untuk pesanan.. 
Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan
CONTACT : 0126281785
YM: wansu1975
FB: wan suriani wan hassan

Monday, July 30, 2012

009 Pictures, Images and PhotosTIPS PEMAKANAN UTK IBU MENYUSU KETIKA BERPUASA

Diam tak diam dah masuk minggu kedua berpuasa...alhamdulillah..ini tahun kedua iols berpuasa dan pada masa yang sama menyusukan anak. Ramadhan taun lepas ok lah...waktu tu baby baru dua bulan..so susu masih melimpah ruah...masih dpt menyusukan anak dan juga buat stok...didapati susu waktu tu produce lebih banyak daripada hari biasa..alhamdulillah...waktu tu saya amek supplement, telan kurma banyak2 + minum air jugak banyak2..


taun ni baby dah setaun lebih..alhamdulillah syukur juga...rezeki masih tetap sama...walaupun org kata bila anak dah lbh 1 thn..susu semakin berkurang..tp saya rasa sama jek..jom kita amalkan tips2 di bawah bagi ibu menyusu...insyaAllah...kita akan kekal bertenaga walaupun berpuasa...dan dalam masa yg sama mengempam/df baby kite.
                                                               yeahhh..mama bolehhhh..


1. Banyak minum air - minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu kurang pada siang. Minum 2 liter atau 8 gelas air sehari.--kira sepanjang malam lepas berbuka tu..kerapkan minum air masak...n waktu sahur tu pun minum air masak byk2.

2. Bersahur - perlu bersahur setiap hari. Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.

3. Makan kurma - terus berbuka dengan kurma untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu yang keletihan sepanjang hari. Atau minum shake kurma yang dicampur susu soya. Lebih elok tambah oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lama, selain oats juga membantu menambah susu badan.

4. Banyakkan buah & sayur - Tapi bagi ibu yang masih pantang tak elok makan sayur dan buah yang 'sejuk' seperti ulam, pucuk ubi kayu, kekacang, paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu dan air soya --sayur yg berdaun hijau mcm sawi pon boleh banyakkan susu...

5. Minum coklat - Ibu yang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu kurang. Akibatnya bayi mudah lapar dan ingin menyusu lebih kerap. Pastikan diet ibu mengandungi lemak yang mencukupi - makan keju, mentega, atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur--- skrg saya minum smartkoko A+

6. Makan madu - amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga sumber tenaga yang hebat dan semulajadi.--bancuh dalam air pon boleh...letak sesudu bersama air suam...ehmmm...sedapp

7. Kurangkan minuman bikarbonat - kurangkan (atau jangan minum langsung) minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat dan minuman berkafein seperti kopi.--minuman berkafein boleh mengurangkan penyerapan nutrisi...kalo tak boleh tinggalkan juga..kurangkan jumlah nya...atau buat nipis2..

selamat mencuba dan berpuasa ye ibu2...

credit to: trymasak.my

Wednesday, July 25, 2012

009 Pictures, Images and PhotosMari Berseronok di Kidzania

Kak ita dtg jb minggu lepas masa bithday imran...isnin tu depa cuti..nak bwk anak2 p kidzania..anak2 iolss pulak..dah tau sepupu2 nak p sana...dari malam ahad tu dok merenggek nak pegi jugak...aduyaii..yg si abah nya pulak tak kasik ponteng....ok lah..abah tak bagi..sorry ye...tup2 esok paginya..dek kepenatan malam ahad tu wat bday imran..si abah nya terbangun lewat..maka kepontengan laa budak berdua ari tu...makanyaa aktiviti isnin tu ke kidzania la jugakk sudahnya..kalo nak p weekend...selain ramai org..n sahih lah kerja2 yg best q nyer pjg..

sampai sana kol 10 lebih...pon dah ramai org...masa nak masuk tu...org kat kaunter tu pon ckp..ramai betul budak skolah hari ni...elok laa dtg weekdays..weekend ramai betul org..tak leh main...mmg betul pon..hari tu ramai budak skolah wat rombongan...yg dtg ngan parents pon ramai.. fonteng jugakkah mereka iteww..sebab ramai je yg baya2 depa tuu..

sampai sana terus beli tiket...with mykid rega tiket for kids rm55 adult rm35. below 2yrs..free..dah masuk sana..p bank dulu...dia bagi 50kidzos utk permulaan..nak lagii??? kena kerja ye anak2...

maka bermulalah pencarian kerja utk anak2 nih..mcm2 keje boleh pilih...kerja pertama dorang masuk ari tu..hospital..buat check up..siap dengar heart beat sendiri..mmg rambang mata lah nak p mana dulu...semer nya menarik utk dicuba...afreen n allisya sempat jd makanik, jd makeup artist, dentist, pilot, stewardess, surgeon...itu sumer keje yg earn kidzos...keje yg kena bayar kidzos pon ada jugak...mcm afreen kerja kat marrybrown..so dia dpt lah makan burger free..kiranya kerja yg tak bukan earn kidzos..mcm jewellery shop, beauty saloon, painting /cooking school they will get something else in return mcm note book ka...kalo keje buat cookies..dpt cookies...keje buat sushi dpt la sushi free...kidzos yg dorang dpt tu..boleh juga dibelanjakan utk buat face painting, body art, boleh soping2 kat department store that only accept kidzos..so dlm tu ada kedai yg accept ringgit ada  yg accept kidzos..



Dua pic nih nampak terang pasaii..beli kat sana...sekeping rm20 tiga keping rm50 utk sorang anak...setiap job yg anak kita buat ada photographer dtg amek gamba...so nanti bila dah abis..time nak balik tu..boleh check kat pc..nak print gamba mana..gamba yg print dpt free softcopy


 Surgeon KPJ...masuk dlm nih pon sebijik bau hospital

 Allisya n nurin jd dentist
 Afreen n Alyea buat Oreo
Perut dah lapar..afreen mintak nak keje kat marry brown...dpt burger yg dia buat tu...si kakak tak tau p kerja kat mana time ni..tak ingat nak makan..sonok punye pasai...dah petang baru sibuk nak keje marrybrown..tp q dah panjang...sudah nya..dah kuar dari kidzania baru carik makan kat ikea..


dah hampir kol 5pm..cimb diserbu oleh kanak2 yg nak menyimpan wang dlm bank...depa boleh bukak akaun atas nama sendiri n dpt atm card..  nak kuarkan duit boleh p kat atm machine..mcm real..so dorang tak perlu pegang duit byk2 takut 2 ilang tukan..kalo nak p tempat ngan kena byr kidzos dpa boleh bagi kad tu..n duit akan dipotong drp situ..mcm debit card lah gitu...keless 




 jd mekanik...siap ajar repair enjin keter..
 ni buat sushi...keje ni tak sempat buat..sebab awal2 tu ketamakan tak mo keje yg tak dpt duit..gitu lah kekdahnya bila kena keje sendiri...selama nih senang2 je korang mintak duit nak belanja itu ini...dah keje sendiri tau plak kedekk...that is how they learn to appreciate money...bagus la tuu...

 cute kan dokter gigi ni....dedua senyum tak mo bukak mulut...ada makna tuuu..ahahaa...
ada ketokohan je nampak budak cina tu kan...tekun depa dengar explainantion...yg dok terganga tak tutup2 mulut tu patung...


tu je lah antara keje2 yg dorang buat..dari start masuk kol 10.30 sampai kol 5 tu...itu  kekdah org tak berapa ramai..kalo p weekend lagi buang masa nak kena q..satu session approx. 20 minutes..so berapa lama mau tunggu daa...maka lebih berbaloi kalau dpt p weekdays...selain dpt extra 2hrs tu...sebab weekend sampai kol 3pm je..sebab ada second session start kol 4 sampai 9mlm..


kita yg dok tgk dorang main dlm tu pon rasa teruja..depa yg main tu apatah lagi kan..sampai tak ingat nak makan...mmg best...dlm tu ada tempat solat...ada tempat makan..ada tempat utk baby2 main jugak..


nanti boleh pergi lagi..pasai byk jugak yg depa nak pergi td taksempat ari tu...salah satunya fashion boutique, theatre itu sumer ada fixed schedules..so kena p tepat pd masanya..


best kan??so parents out there..kalo belum pergi lagi..boleh la bwk anak2 p situ...surely they gonna have fun!!

009 Pictures, Images and PhotosHaPpY 1st BirtHDay ImRan

Seminggu before Ramadhan ari tu...buat makan2 sempena birthday Imran yang pertama.  Sekejapan je rasa setahun tu..how time flies...he is not a baby anymore..sedih juga...rasa mcm i want him to remain a baby...tp masa dia baby..nak plak dia cepat2 besar..camne tuu..apapun..kite nikmatilah setiap saat dalam kite membesarkannya tuu... 

Tak buat besar2 pon..just jemput jiran2 dekat rumah je..imran ok je hari tu..good boy anak mama nih..tak nangih pon...elok je dia main seharian...enjoy agaknya ramai org dtg rumah...

Happy Birthday Imran! mama doakan imran membesar dengan sihat..dan jd anak soleh kebanggaan mama dan abah.
 He didn't even eat his cake..


 Elmo Twin
-thank you for wearing elmo/red shirts..mmg sporting


Budak dan toys tak dapat dipisahkan...bday boy mmg suka masuk dllm bakul...

mama terlebih rajin kali ni nak buat sendiri kek...elmo rainbow butter cakes..

dessert2 ni pon pasai terlebih rajin gak ni...

lolipop strawberry mak bagi dari cameron..

popcake --iolss wat sendiri gak..
 Choc Elmo Cupcakes
Potong Ice Cream Cake...nyanyii..nyanyiii...

Wednesday, July 4, 2012

009 Pictures, Images and PhotosKembali Bersiaran..


Masa mengejar kita atau kita mengejar masa...tak tau lah..tp masa tu berlalu cepat sesangat...tengok2 last post rupanya dah setahun berlalu.. bukak blog sendiri utk jengah blog org lain kat bloglist tu..ada la hajat di hati ada nak cerita, nak share mcm2..tp tertangguh-tangguh tgk2 sampai setahun lamanya...hehehe..teruk sungguh 


last post cerita pasal masa berpantang..gelap cerah gelap cerah...baby pon dah setahun skrg..alhamdulillah..imran membesar dengan sihat berkat susu ibu dengan izin Allah jua. InsyaAllah sehingga ke hari ini  imran belum pernah mengalami batuk dan baru sekali imran kena selsema..dan tiga kali demam..mungkin juga antibodi dia kuat...masa imran umur 4 bulan..balik jb hantar tokwan dan nekwan p buat umrah..satu rumah masa tu kena demam campak yg dah lepas..yg baru kena..tp tawakal jugak lah balik...waktu tu..selain supplement saya dok telan jugak olive oleo..estrak daun zaitun..yg dpt meningkatkan antibodi bg melawan virus..nak bagi direct kat baby tak boleh sebab kecik lagi..so mamanyelah dok telan..dia dpt melalui susu lah..alhamdulillah imran ok saja walaupun awalnya cuak jugak lah mama nak bwk baby balik jb..sebab dia masih kecik time tu...apapun kite usahalah kan..kalo dah nak kena jugak tu..nak buat cemana..


Ada juga ibu2 yg menyusu baby mereka tp baby mereka tetap kerap demam selsema or batuk. walaupun ianya susu ibu tp khasiat Susu  ibu itu sendiri adalah berbeza. Ianya bergantung kepada pemakanan si ibu juga..ibu yg mengamalkan pemakanan yang bernutrisi akan berkualiti lah susunya. Saya pernah dengar ceramah yang disampaikan oleh ibu darwish darwisha, Pn Lina Karim katanya kualiti susu ibu tak sama...maka kite kenalah jaga pemakanan atau amek la apa2 yang boleh menjadikan susu kite u'gold'...mcm susu fm di rak2 yg bermacam-mcm jenama..yg gold di tambah dha tu...mahal laa sikit..drp susu yg biasa2 tu kan..so utk berikan yg terbaik buat si kecil kita..kena lah invest juga...jadikan susu kite tu itu ibarat titisan emas..khasiat nya tidak ternilai..

Bila susu kita penuh kualiti dan bernutrient maka si kecil kita susah lah di serang  sakit mcm demam selesema or batuk gitu... ianya berdasarkan pengalaman saya jugak lah..dlm membesarkan tiga anak..anak sulung mmg langsung tak amek supplement sementelah dia pon bf sekejap je..dlm tiga bulan saja...kerap juga demam...naik gatal2 badannya...hai mcm2 lah dia sorang tu...yg kedua pulak...lama sikit bf nye..lebih kuat sikit antibodinya...tak laa mcm si kakak...dan skrg baby imran..dah setahun sebulan masih lagi menyusu badan sepenuhnya...dan alhamdulillah...nampaklah berbeza dgn kakak2nya..semoga dimurahkan rezekinya spy dpt laa lengkapkan penyusuan sehingga dua tahun

saya dah cerita apa yg saya makan sewaktu preggy n waktu berpantang...saya teruskan makan set tu utk bf..alhamdulillah...rezeki imran masih ada..org kata produktiviti susu merosot bila anak dah makin besar..tp so far alhamdulillah...produktiviti susu masih mcm biasa..mcm dulu2 jugak kuantiti hasil pam nyer..ada org kata juga kuantiti susu merosot bila kita period...tp alhamdulillah juga..sepanjang tempoh tu..hasil pam tetap sama..tp istiqomah lah amek supplement. sebab apa susu kurang waktu period...sebab badan kekurangan kalsium waktu tu sebab darah haid keluar..so pastikan kalsium yg kita amek tu mencukupi...kalo tak larat nak teguk bergelas-gelas susu sehari..maka amek lah ostematrix shaklee yg mmg terbukti besttt!! 

ini lah set utk breastfeeding...tp saya ada tambahan lain iaitu omega&lecithin juga..
tak masuk dlm pic ni

ohhh..lupa jugak nak cerita..ari tu last post saya belum jadi ahli walaupun dah jatuh cinta dgn shaklee..skrg dah jd ahli lah..sebab kebetulan orderkan utk kawan2 n adik beradik..terus lah jd member gituhh...so kawan2 yg rasa nak order tu..boleh la order dgn saya juga...hehehee..gitu kekdahnya..actually bukan niat asal untuk menjual yer...niat asal ikhlas nak share kebaikannya...sebab saya sendiri dah cuba n rasa kebaikannya..apa yg baik jgn disimpan utk diri sendiri sahaja..bila share bertambah berkatnya...sharing is caring gituhh...

apa pun supplement ni hanyalah membantu sahaja...yg paaaaaaaaaaaaaaling penting dan utama dlm memastikan kejayaan dlm penyusuan ni ialah  kata kunci 'rajin'...kena rajin minom air..wajib tu...sbb air susu tu berbentuk cecair..badan pon memerlukan cecair utk menghasilkan susu...rajin minom air..n rajin pumping bg ibu bekerja.. @ least 2 atau 3 jam sekali...mmg tak dinafikan adakalanya dtg penyakit 'M' tu kan..tp kena lawan lah perasaan tu...kesimpulannya..minom air yg byk + pumping or df dgn kerap..atau senang citer..lebih kerap 'b' anda dikosongkan akan menghantar signal ke otak utk menghasilkan lebih byk susu. mkn supplement tanpa dua perkara asas di atas adalah tidak bermakna..susu tidak akan keluar mencurah-curah hanya dengan mengambil supplement..


tips lain yg tak kurang pentingnya..kena setkan dalam minda...yg susu kite cukup utk baby kita...jgn sesekali rasa mcm risau susu tak cukup lah..risau itu risau ini...sebab bila risau..jd stress tu susu segan2 je nak keluar..waktu pum pon gitu gak..jgn set kan dlm kepala nak berapa oz...biar je dia keluar byk mana...byk tu lah rezekinya...so bila kite rileks..susu pon rileksss je keluar..tgk2 dah byk dlm botol..yg penting kita kena jd rajin lah..nak menjayakan penyusuan bukan lah mudah..walaupun nampak mudah..kalo malas mmg tak menjadilah..end up cara mudah dgn bagi fm lah jawabnya..no no noo...malas tu bukan nye apa...malas nak pumping..itu je..kdg2 kekangan masa...itu utk ibu bekerja lah..bila kurang pump..penghasilan susu berkurang..itu lah penyebabnya..


itu lah sikit2 citer2 bab bf ni...saya bersyukur krn masih berupaya menyusukan anak saya...krn skrg..bila difikir-fikir balik..saya rasa bersalah n kesian pada anak pertama dan kedua saya..kerana kurangnya ilmu pada waktu itu yg menjadikan saya gagal menyusukan anak saya lebih lama...yg penting..hendak seribu daya...kann..


happy breastfeeding!