Monday, July 30, 2012

TIPS PEMAKANAN UTK IBU MENYUSU KETIKA BERPUASA

Diam tak diam dah masuk minggu kedua berpuasa...alhamdulillah..ini tahun kedua iols berpuasa dan pada masa yang sama menyusukan anak. Ramadhan taun lepas ok lah...waktu tu baby baru dua bulan..so susu masih melimpah ruah...masih dpt menyusukan anak dan juga buat stok...didapati susu waktu tu produce lebih banyak daripada hari biasa..alhamdulillah...waktu tu saya amek supplement, telan kurma banyak2 + minum air jugak banyak2..


taun ni baby dah setaun lebih..alhamdulillah syukur juga...rezeki masih tetap sama...walaupun org kata bila anak dah lbh 1 thn..susu semakin berkurang..tp saya rasa sama jek..jom kita amalkan tips2 di bawah bagi ibu menyusu...insyaAllah...kita akan kekal bertenaga walaupun berpuasa...dan dalam masa yg sama mengempam/df baby kite.
                                                               yeahhh..mama bolehhhh..


1. Banyak minum air - minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu kurang pada siang. Minum 2 liter atau 8 gelas air sehari.--kira sepanjang malam lepas berbuka tu..kerapkan minum air masak...n waktu sahur tu pun minum air masak byk2.

2. Bersahur - perlu bersahur setiap hari. Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.

3. Makan kurma - terus berbuka dengan kurma untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu yang keletihan sepanjang hari. Atau minum shake kurma yang dicampur susu soya. Lebih elok tambah oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lama, selain oats juga membantu menambah susu badan.

4. Banyakkan buah & sayur - Tapi bagi ibu yang masih pantang tak elok makan sayur dan buah yang 'sejuk' seperti ulam, pucuk ubi kayu, kekacang, paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu dan air soya --sayur yg berdaun hijau mcm sawi pon boleh banyakkan susu...

5. Minum coklat - Ibu yang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu kurang. Akibatnya bayi mudah lapar dan ingin menyusu lebih kerap. Pastikan diet ibu mengandungi lemak yang mencukupi - makan keju, mentega, atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur--- skrg saya minum smartkoko A+

6. Makan madu - amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga sumber tenaga yang hebat dan semulajadi.--bancuh dalam air pon boleh...letak sesudu bersama air suam...ehmmm...sedapp

7. Kurangkan minuman bikarbonat - kurangkan (atau jangan minum langsung) minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat dan minuman berkafein seperti kopi.--minuman berkafein boleh mengurangkan penyerapan nutrisi...kalo tak boleh tinggalkan juga..kurangkan jumlah nya...atau buat nipis2..

selamat mencuba dan berpuasa ye ibu2...

credit to: trymasak.my