Tuesday, January 4, 2011

009 Pictures, Images and PhotosJom Makan Badam

Khasiat badam yang pelbagai menjadikan badam penting untuk kesihatan badan kita. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain

lemak dan kabohidratnya tinggi tp jgn risau sebab ia kaya dengan lemak tak tepu (nomo unsaturated dan polyunsaturated) juga vitamin E
Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur
Kandungan niasin yang dimiliki melebihi gandum
Kandungan kalsium juga mengatasi susu
Kandungan fosforusnya melebihi keju

Badam banyak diguna orang yahudi dalam menu makanan serta sering diberi kepada kanak-kanak, baik untuk otak dan tumbesaran serta kesihatan jantung, Banyak diguna dalam masakan orang mediteranean, sebab tu mereka besar-besar,kulit cantik dan pandai.

Kalau orang melayu boleh jadikan badam sebagai menu masakan harian keluarga atau diganti dari makan kacang goreng (polysaturated fat), kesihatan dan kepintaran lebih terserlah

Ramai orang takut untuk makan badam kerana beranggapan kandungan lemaknya yang tinggi.
Sebenarnya tidak perlu takut kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan kita perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi memerangi kolesterol LDL dalam badan.

Badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang. Ia mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Sumbangan beberapa nutrient dari segenggam badam adalah seperti paparan graf di bwh.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan. Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung. Bab dengar serangan jantung ni laaa takut kan..ramai skrg yg muda2 pon kena serangan jantung.

Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LDL(kolesterol jahat)/HDL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).
Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium). Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.

Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).

Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)
Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.

Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya.

Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).
Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.

Badam Meredakan Diabetes
Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.

Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.

Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan. Mak elok makan badam ni...

Badam Membantu Menghalang Batu Karang
Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

Badam Menghalang Osteoporosis
Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?

Badam untuk Wanita Hamil
Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.
Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.
Terdapat berbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini. Selain tinggi khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Berbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat.
so skrg rasa teruja tak nak makan badam...nanti saya berikan satu resepi yg enak lagi berkhasiat..serta sangat mudah untuk disediakan.
info: anizyn

Tuesday, December 28, 2010

009 Pictures, Images and PhotosJumpa Nani Rostam & Hanis

Disatu tengahari yang tak disangka-sangka..sedang aku ngan kawan nih nak kuar jalan-jalan carik pasal..maka tersempak laa dengan kelibat dua wanita yg..sekali tengok..ehh mcm kenal...toleh sekali lagi..kak nani ngan hanis laaaaa...aku nih tau la kan..pemalu lagi penyegan...ecehh...sahih laa malu nak mendekati dorang tu kan..tp dek kerana kawan aku nih...kurang pemalunya serta peramah pula...maka kitaorg pon p laa tegur dorang...
kak nani sgt lah friendly...bukan kitaorg je yg nak bergamba ngan dorang..kak nani pon keluarkan kamera dari handbeg nye bergamba ngan kitaorg...kalo org lain..yg feeling2 femes tu..dah tentuu tak moo nyee dia bergamba ngan kita nih..kita je yg beria nak bergamba ngan dorang...rasa dihargai gitu kan...hanis nampak pemalu je..tp tinggi nye mak aii...model2 gitu..kak nani pon sgt laa awet muda..apa pon..kak nani tu tetap menjadi sumber inspirasi pd aku...jd supermom nih...tak semua org boleh buat mcm apa yg dia buat.. aiii..bagai disusun2 plak ye kedudukan tu..nampak sgt laa aku nih tak cukup inci..
kaki nani yg gojess..nampak cam baya2 kitaorg je..silap2 ari bulan aku lagi nampak tua..huhuu

Thursday, December 16, 2010

009 Pictures, Images and PhotosPercutian di Hatyai

ADVENTURE FAMILY TRIP KL – DANOK- HAADYAI – SONGKLA
(30 NOV - DIS 2010)
Lama nyee lahaiiii blog nih terbiar sepi...siann nyee lahaii...napaa laa tuan nye malas sgt nih...suka baca blog org tp tak suka update blog sendirik..cam nih pon adaaa...


sempena cuti skolah baru2 nih...kami sekeluarga decide tuk bercuti ke hatyai...lama jugak plannye...hampir2 tak jd bila 2 nov yg lalu..utara tanahair termasuk hatyai dilanda banjir teruk..tp alhamdulillah..pd tarikh yg kami cadang nak pergi tu...keadaan dah kembali pulih..walaupun saki baki kesan daripada banjir tu masih dpt dilihat...


Setelah dptkan info drp forum dan blogger2 lain..dan berbekalkan gps..maka kami pon meredah lah selatan thai....rasanya tak susah bwk kereta sendiri ke sana compare dgn bawak kereta sendiri masuk ke singapore yg ketat dengan peraturan...silap haribulan tak bleh nak balik ke mesia dek kerana terdapat saman yg perlu dilangsaikan dulu...


tak susah utk bwk kenderaan sendiri ke sana. drive sendiri lebih adventure...boleh berenti di suatu2 tempat ikut sukati kita...Kalau drive, ikut highway keluar ikut BUKIT KAYU HITAM. KL-Hatyai ialah 452km. Sebelum border, singgah kat agen tepi jalan (bnyk sebelum border) utk buat Insuran (RM16.00 boleh guna untuk 9 hari) Bawak jer salinan geran keter...bagi je kat egen tu...dia akan uruskan...
kitaorg buat kat sinih selepas stesen petronas di changlun..belah kiri..
dah siap insurans...tuka duit baht sikit kat situ..selebihnya boleh tukar di hatyai sebab lebih untung...so kite menuju ke bukit kayu hitam..sampai di imigresen...nanti driver kena pergi ke satu kaunter kat situ dan serahkan geran kereta dan insurans yg kita buat td..utk cop...selesai isi borang putih dan cop passport maka sedia untuk masuk dannok...kitaorg tak singgah pon situ..terus shoot ke hatyai..Perjalanan dari Bukit Kayu Hitam / Danok ke Hatyai lebih kurang 45 minit hingga 1 Jam Perjalanan dari Hatyai ke Bandar Songkhla lebih kurang 20 minit. isi minyak penuh2 sebelum masuk thai...minyak kat sana mahal...
sampai border.scan kat mesia punya border..then proceed ke thailand. park kete....( ada parking belah kiri ) penumpang kena turun sekali n pi ke kaunter yg utk org ramai tu...selitkan 2 ringgit atau 20baht dlm passport (duit kopi untuk mempercepatkan proses cop..kalo tak bagi pon nanti dia mintak gakk) driver gi kaunter belah tgh cop passport and hulurkan geran. nanti derang akan bagi satu slip..bila dh settle..pi ambik kete..bawak ke kaunter tadi and tgu pegawai border tu kasi slip tu tadi..penumpang boleh masuk (passpot dah cop) and terus sawadikap ke danok.
slip yg dia bagi tu jgn hilangkan..kena bagi semula semasa nak keluar dari thai.. tu kena sign masa kat kaunter...

isi borang putih..rm1 sebagai upah untuk setiap passport


sampai hatyai dlm tengahari...oleh kerana perut dah lapar..kitaorg carik kedai makan dulu berdekatan dgn hotel yg kitaorg nak stay iaitu di lee garden...tak bleh nak check in lagi sebab lom p amek voucher hotel. tips untuk dapatkan rate hotel yg murah kat sana ialah kita kena booking melalui agen...kami booked ngan lovely tours mcm yg disuggest oleh forumer..mmg betul laa murah kalo walk in rate 200++ boleh dpt 90-100 je jika beli melalui agen..hanya perlu call dan book hotel mana kita nak serta tarikh...sampai di hatyai kite jumpa agen tu dan bayar disitu..mereka akan bagi voucher. kita hanya perlu serahkan voucher tu masa check in..mudah je..


oleh kerana kami kat sana agak lama...4 malam kat sana..maka kami decide utk tinggal dua malam di lee garden dan satu malam lagi di grand ..dekat2 situ jugak...tinggal di lee garden best laa..sebab situ kira centre...turun tingkat bwh ada shopping mall...di luar2 pulak byk gerak jualan..dan ada juga kedai makanan muslim yg berdekatan mcm hamid dan salma restoran yg agak femes dikalangan pelancong dari malaysia.

ni bwah hotel lee garden..malam2..byk gerai2 jualan kat situ..di tepi tu jugak ada jual teh tarik tersedapestttttttttttttttt...

central shopping mall nih dpn lee garden je.. gempak je kan tengok iklan nye tu..tp sale nye tak lah vogidevass pon..best lagi sale kat sogo..heheee

tghari tu lunch di hamid rest..makanan ok lah..sedap tp mahaiiiiiiiiii....lepas makan..kami amek tut tut utk carik lovely tours utk dptkan voucher hotel...tut tut tu mcm angkutan laa kalo kat indon...bayarannye rm2 je sorang..rupanya dekat je ngan lee garden tempat tu..so balik tu..kitaorg jalan kaki je...bilik hotel lee garden luas dan selesa..berbaloi la dengan harga kitaorg dpt iaitu 105 smlm..


Rest ni berdekatan ngan lee garden...dekat2 situ jugak salma rest

ni sarapan pagi di salma rest. Mahal sket harganya sesuai ngan presentationnye

naik tut-tut rm2 sorang..kalo mahal drp tu..kena ketuk lah jawabnye...

Kat area sana bnyk travel agency.Make sure byr bilik dari agent bukan walk in...kalau tak memang sakitla harga dia. Lovely Tour - 074 232738

dua tiga hari tu kitarog round2 je lah bandar hatyai tu....tak shopping apa pon sebab brg macam mahal...pesal ntah mahal..baru lepas banjir kot..nak cover kerugian dorang tu...tp mmg tak berbaloi lah beli..bila kita boleh dptkan menda yg sama dgn harga yg lebih murah di tempat kita sendiri..bukan krn mahal je...rasanya brg2 kat sana tak kena ngan taste aku...kalo bab baju..rasanya lagi cantik2 baju kat uptown tu...kat situ rasanya lagi byk barang boleh beli...sudahnya kitaorg jalan2 carik makan je lahh..nak makan pon agak susah sebab kata je gerai muslim..penjual nye pon pakai tudung tapi ayam yg tergantung tu ayam cucuk...kalo yg puyuh goreng tu..elok je leher puyuh tu tak terusik..ngan kepala2 nye skali..tp ari tu boleh buat terlupa kerana beranggapan mungkin gerai tu je ayam cucuk yg gerai lain ayam nye disembelih kitaorg dah termakan la skali ayam goreng...tp lepas tu timbul keraguan so lepas tu tak makan dahh laa..

kena plak ketensenan waktu kat sana sebab hari2 hujan...dari pagi sampai laa ke malam..ujan je..kadang lebat kadang gerimis..sib baik lahh...mak ayah...anak2 termasuk aku skali yg berbdn dua nih tak kena demam..tp pening2 kepala tu ada lahh...


hari kedua kat sana..kami ke songkhla..kami ke samila beach..tempat yg ada patung duyung tu...kat songkhla tu..pantai nye tak de lah best pon..tak leh mandi...merbahaya sebab ombak besar..


mak ngan ayah den yg tercinto...

tak sah kalo tak bergamba dgn si duyung ni kalo kalo ke samila beach...konon2 nya duyung tu tunggu jodoh dia..bila bertemu jodohnya maka terjun laa dia ke laut...

kitaorg tunggu kat sana lama sebab nak tunggu hari jumaat...sebab hari jumaat baru ada jualan di Khlong Hae Floating Market.Lokasinya di Tambon Khlong Hae berdekatan Wat Khlong Hae, lebihkurang 6km dari pusat bandar Hat Yai. Waktu operasi ialah hari Jumaat hingga Ahad, pukul 4pm-9pm.Terdapat peniaga makanan di atas daratan dan juga di atas sampan yg berlabuh di tebing terusan. . GPS koordinatnya ialah N7.04648 E100.47450.tempat tarikan pelancong yg baru di hatyai...tgk gambar sebelum tu..mmg cantik lah..dlm gambar lagi cantik lah drp keadaan sebenar..mungkin juga sebab waktu tu awal lagi..tak byk lagi sampan yg sedia utk berniaga...so tak meriah mcm dlm gambar yg kami tgk sebelum tu...kat situ walaupun dikatakan 90% peniaga nye beragama Islam..tp bab makan tu kena pilih2 jugak lah... dek kerana kelaparan sgt dah waktu tu..kitaorg makan gak lah kuey tiaw tomyam...murah gak..rm3 je..semangkuk dlm tanah liat tu..kalo dlm tempurung rm2...kelakar kan...mak aku tergelak je kata..tak pernah2 makan dlm tempurung..mai sini merasa makan dlm tempurung...apa pon dorang nih mmg kreatif lah...mcm mana nak memajukan industri pelancongan dorang nih...

haa yg nih bekas besauu..rm3.50..air bleh pilih nak kelapa ke...longan ke...bekas leh bwk balik wat kenang-kenangan

eskrimm kelapa...sedap tp manis skett...rm2.50 jek..

yg nihhhh sehingga menjilat jariii...





allisya dok ulang beli roti telur sosej ni sampai 2x..sedap kata nye



itujelah catatan perjalanan kami 4 mlm kami di hatyai...walaupun agak kebosanan sebab aktiviti soping tak rancak kat sana....kalo kat bandung nih..5 hari pon tak cukup..hehee...apa pon...Apapun, watching a different culture and life di tempat org is always fun..

Monday, August 9, 2010

009 Pictures, Images and PhotosJika Sudah Itu Takdirnya

Aku menangis semahu-mahunya...sedih tidak terkata...
Disaat dia senang dan gembira, kite berkongsi kebahagiaan itu..
tp di saat-saat dirinya dihimpit kesulitan hidup...dia lari jauh membawa diri..
sedikitpun tidak mahu berkongsi sedikit kedukaannya
menghilang dan meninggalkan seribu tanda tanya...

Disaat itu..kupanjatkan doa pada ya Rabbul Izzati..
agar dilindungi dirinya..dilapangkan pintu rezekinya..diberi kedamaian dalam hatinya...diberkati kehidupannya...serta diselamatkan seluruh keluarganya..
hanya itu yang mampu aku lakukan..

Setelah sekian lama aku merinduinya...mengharapkan dapat bertemu dengannya
dan Alhamdulillah ya Allah...akhirnya aku dpt mendengar suaranya..
ya..masih seperti dulu...
masih berupaya ketawa...bercakap dengan nada yang sungguh ceria..
Ya Allah..kekuatan apakah yang dia miliki itu...
ketawa dalam menyembunyikan kedukaannya
kedukaan dan kesusahan yang tidak terbayangkan olehku..
aku tahu..
seberat mana pun dugaan yang datang..
kehidupan itu harus tetap diteruskan..
selagi kita punya tanggunjawab sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini..

Kesedihan aku tidak terbendung..
disaat kita menikmati hidangan enak...makan apakah dia pada hari ni...
disaat kita lena tidur ditilam empuk berselimut tebal...tidur di atas apakah dia malam ini..
disaat kita gembira dikelilingi anak2 dan teman2...bertemankan siapakah dia saat ini..
mengenangkan itu saja...air mataku tak henti mengalir...kerana aku tahu..air matanya telah kering untuk menangisi apa yang terjadi..

Duhai ibu...
kau redhailah anakmu ini..
ampuni dan maafkan lah dia..
dengan setulus hatimu...
agar terlepas sengsaranya dalam kehidupan..
kerana hanya dengan kemaafaan dan doa dari seorang ibu..
memungkinkan datangnya kebahagiaan dalam hidup seorang yang bernama anak...
Hasanah Fid Dunia Wal Hasanah Fil Akhirat

jika sudah itu takdirnya...
aku berserah ya Allah..
kerana aku tahu setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..
namun..ku bermohon padaMu dengan penuh pengharapan..
agar dia memiliki kembali kebahagiaan yang telah hilang itu..

Sempena tibanya bulan seindah Ramadhan ini..bulan yang terbuka segala pintu-pintu pengampunan...bulan berkah Allah yang melimpah ku bermohon padamu ya Allah
ampuni dosa-dosa kami...berkatilah kehidupan kami dan terimalah taubat kami..
amin ya rabbul alamin..

Thursday, July 8, 2010

009 Pictures, Images and PhotosBertemu Jua Akhirnya

Dalam hadith Qudsi Allah berfirman: “Cinta-Ku pasti untuk orang-orang yang saling mencintai karena Aku. Cinta-Ku pasti untuk orang-orang yang saling memberi karena Aku. Cinta-Ku pasti untuk orang-orang yang menyambung hubungan (silaturahmi) karena Aku.”

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap mentari...Allah datangkan Petir dan kilat...Puas kita menangis, memanggil, mencari dimana mentari...Rupanya Allah hendak menghadiahi kita..."PELANGI"...Begitu juga hidup...Kadang takdir tidak seindah keinginan kita. Sering kita mengganggap buruk apa yang Dia berikan kepada kita

Tapi sejatinya...Dibalik keburukan itu, ada keindahan, Tapi kadang kita tidak menyedarinya.

dan kini....
aku bagaikan sudah ternampak cahaya menyinari setelah didatangi hujan sekian lama...aku pastinya akan bersabar menunggu hadirnya pelangi...

Kepada abangku yang dikasihi...ku titipkan doa setiap waktu...dibukakan segala pintu rezekimu..dilapangkan dada dan diberiketenangan jiwa..dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik juga kepada suluruh keluarganya..semoga kita bertemu suatu hari nanti...
insyaAllah..

iras wajah abglong kan..wohhhhh...rindunya!



Tuesday, June 15, 2010

009 Pictures, Images and PhotosNASA SAHKAN KEMUNGKINAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion".

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Subhanallah...bersediakah kita menghadapinya????

Sunday, June 13, 2010

009 Pictures, Images and PhotosBandung 2010

Cepatnya masa berlalu...dah sebulan lebih balik dari Bandung...baru nak wat entry ni...lebih kurang sama je dgn trip yg dulu2...tp tetap ada tempat2 baru yg dpt p kali ni..di sini aku cerita sket lah mana tau boleh ianya boleh dijadikan tips kepada yang ingin bercuti ke Bandung.. Trip ini dah dirancang awal, p berdua je ngan jiran,ela..tp di saat-saat akhir ida pun nak join gak..kami ok je..lebih ramai lagi seronok..tp beli tiket di saat-saat akhir adalah mahal hokeyy..tp skrg nih MAS pon dah wat flight ke bandung...ari tu ada promo harga lebih kurang sama je ngan AA.

19 Mei 2010

Flight asalnya jam 6.30 petang tp telah ditunda ke jam 8.30 malam...dah tentu lah sampai ke bandung tak sempat nak p mana2...dlm flight tak makan sebab food yg dah di order online tak appear dalam boarding pass...so fikir nanti sampai di bandung baru cari kedai makan..so dlm flight tu aku bantai tido je..tp tgh sedap tido tu kan..tiba-tiba aku terjaga dek satu gegaran kuat...aku celik mata nampak sorang lki tu hampir2 nak jatuh yg waktu tu tgh dokong baby dia..*baby dia asyik nangis je.sepanjang perjalanan dek kerana kecuaian pramugari tu tertumpahkan air panas abih melecur* flight mcm goyang ke kiri ke kanan...melompat mcm kite naik kereta terlanggar lobang besar tu..sampaikan boleh terlompat dari tempat duduk..bayangkan laa kuat tak kuat gegaran tu..apa kessss....dgn tak ada announcement inform cuaca buruk...beberapa ketika lps tu ...baru lah ada announcement soh pakai sabuk pengaman *seat belt* n ckp cuaca buruk...waktu tu aku toleh kat belakang..muka adik tu panic gile...sian plak tengok dia..sib baik la waktu bwk anak2 aku dulu tak kena cam tu...lagi cuak bila pramugara masuk cokpit mcm cemas nye lepas tu tak keluar2...tengok kat tingkap tak nampak apa..gelap gelita..aduiii waktu tu kan..teringat anak2 kat umah...mcm2 lah terpk...aku rasa laa...kalo org yg mmg fobia naik flight..kena plak pengalaman cam tu...mmg tak naik dahhh laa lps ni..mau balik mesia naik tongkang...eheheh...dlm 15 minit lepas tu...flight dah stabil...dia announce dah nak landing...tp tak nampak lampu2 pon kat bwh..terpk..ini landing kecemasan ke..waktu tu..sorang pon tak berckp..sumer terdiam...tak lama kemudian baru laa nampak lampu2 kat bwh...huii lega sket rasa...tp masih lagi cuak tak abih..kebetulan aku dok kat belakang..nampak muka pramugari tu semacam je..ngan barang2 kat pantry *pantry ke panggil* abih berterabur jatuh..air tumpah...dlm 15 minit kendian...flight pon landed di lapangan terbang hussein sasteranegara bandung dengan selamatnya...alhamdulillah...selamat sampai akhirnya...waktu tu hujan lebat...sampai je sana..pak heri supir kami di sana telah sedia menanti...singgah makan kejap..then terus check-in di hotel mitra..

kali ni kami booking hotel melalui website http://agoda.com/ ratenya bagi aku murah compare dengan harga agent ataupon booking direct dgn hotel...contohnya hotel sukajadi...harga agent n harga direct dgn hotel 250++ lebih kurang..tp dengan agoda dpt seratus lebih..urusan check-in juga mudah...dulu masa ke krabi pon sama waktu tu booking dgn http://www.sawasdee.com pon harganya berbaloi. Mungkin kalau kalo kita nak carik hotel yg lebih murah boleh try walk in and check harga tp tak mo lah amek risiko tu..senang dah booking awal2..tinggal sampai destinasi terus check-in..

di kaunter reception..mitra hotel dipilih sebab ratenya murah...biliknya pula selesa...tp make sure book new tower..breakfast tak byk pilihan tp sepadan la dgn rate nye...byk budget hotel di kota bandung...tp masalahnya tak boleh booking online..kalo booking thru phone call n nak check in lewat petang..kena bayar cash...so masalah jgk tu...so booking je lah thru internet.selamat..nak check in jam berapa pon boleh...kalo booking budget hotel tp dpt check in awal tiada masalah...hotel kat sana mmg byk pilihan mengikut bajet kita...tp kira murah lah compare ngan hotel kat mesia ni kan..

bilik ni selesa untuk kami bertiga..with extra bed..

20 mei 2010 (Khamis)
Lps breakfast..8.30 pagi supir kami pon sampai..aktiviti untuk hari ini mestilah soping di pasar baru..apa2 pon mesti pegi pasar baru dulu...wajib tu..nanti kalo soping di FO dulu.alamatnya kalo rupiah dah kurang...menyesal lah sudahnya sebab di pasar baru..rasanya sumer menda nak...bak kata ela kwn aku tu...agaknya dorang letak jin kot kat pasar baru tu...ehehhe...kita org sampai di pasar baru tu...waktu tu baru dua tiga kedai bukak...

kalo dah ada di pasar baru tu..waktu berjalan mmg tak sedar.taw2..perut lapar..kaki dah lenguh...lunch tengahari tu..kat atas pasar baru...lepas isi barang dlm keter..sambung lagi mencari tangkapan sampai lah kedai sumer dah tutup...yg lawaknya kedai pertama kami membeli..kedai tu laa yg last kami singgah....sebelum balik...
makan tengahari kat food court kat pasar baru je...itu pon dah bukan tengahari lagi dah..petang baru ingat lapar..


Muka berminyak-minyak..n penat gila...tp puas ati ngan hasil tangkapan pd hari itu..ngehh..ngehhh...

Dari pasar baru..kiteorg terus ke hotel untuk check-in di hotel sukajadi..hotel ni menjadi pilihan sebab tempatnya yg strategik..dekat dengan paris van java .ada spa yg famous selang satu bangunan drp hotel...hotel tu jugak dekat ngan FO rumah mode......tp skrg ni ada hotel yg baru siap sebelah hotel sukajadi tu iaitu hotel naval. Tp tak sempat nak amek no tel hotel tu. Kata pak supir tu hotel tu lebih murah berbanding hotel sukajadi..so lepas ni kalo p bandung lagi bleh try hotel tu plak..selesai simpan barang dlm bilik...kami pon p makan kat kedai pak chi met di seberang jalan hotel..kedai tu 'mesti pergi' betul2 berhadapan dengan hotel sukajadi...
Deco dalam hotel sukajadi...tradisional tp better amek naval hotel kat sebelah hotel sukajadi tu...lebih baru dan lebih murah...tp sayangnye den takdo contact nyer..tak sempat nak amek..hotel naval ni tak tersenarai dlm agoda.com. mungkin sebab masih baru
Restoran Pak Chi Met. Hanya seberang jalan hotel sukajadi..sedap dan murah

set komplit..ada gurami pilihan bakar @ goreng..hidang bersama udang dan sotong bakar..set ni harga dia lebih kurang rm14 gitu lah..

lepas makan...masih ada waktu...ingat nak p massage..org kata tak elok urut lepas makan kan..tp belasah je lah...dah lenguh sgt kakinya...maka kitaorg pon p la zen spa sebelah sukajd tu...malangnya dah full utk malam tu...so kena booking utk esok...kebetulannya masa nak balik ke hotel tu..ternampak satu pusat refleksologi di seberang jalan..Yuyuanlang Reflexology..saja masuk tanya...alhamdulillah...masih boleh diterima...sebab situ tutupnye lambat..ni la kali pertama ada kesempatan nk pegi spa kat sana...mmg best dan mesti pergi......so far tempat2 aku p kat mesia tak de cam tu...tak tau la kan..kot2 ada spa yg mahal2 ada service cam tu...rendam kaki dgn air jamu suam...sambil rendam kaki dia urut belakang...pinggang...bahu...kepala..huhhhhh legaaaaaaaaaaaa...lepas tu urut kaki..alatan urut kaki ari tu ada beberapa..byk lah step dia..last step lap ngan towel panas...abis sesi urutan tu...dia bagi minom air herba..bleh pilih nak air apa...utk perkhidmatan sumer tu...bayaran dlm rm21 saje..murah kan...
Ini je sempat posing kat situ...tp mmg bestlah service dia..kalau ada kesempatan spa wajib pegi ialah zen spa sebelah hotel naval..hotel naval tu plak sebelah hotel sukajadi.katanya dua tempat tu satu tokey tp konsepnya berlainan.

konon2 nye hari kedua nak round FO je..tp masih lagi terjebak dengan pasar baru..sudahnya hari tu...p lagi ke pasar baru sampai jam 12 tghari..

lepas tu kami terus gerak ke kg daun utk makan tengahari...
Suasana nyaman di kg daun macam berada di resort pusat peranginan gitu...dengan pemandangan air terjun semulajadi...Harga agak mahal berbanding restoran lain...tp makanan boleh tahan sedapYang ni set bebek bakar bumbu bali...bebek tu itik...sedap gakk niHaaa...yg ni must try...jus alpukat...avokado

selesai makan di kg daun kami start shopping ke FO...hari ni last day shopping sebab esok dah nak balik kl..

Kepada yang nak beli kelengkapan baby bleh p kat Yen's Baby & Kids Shop - (Jl Dr Setiabudi) Best kedai ni..jual kelengkapan bayi dan anak2..harga murah. Paling best sini ada jual pyjama baby new born...sgt cute pyjama mmg tak pernah jumpa pyjama kain cotton utk newborn..

Ini di toko tiga..Dpt rembat jeans levis di sini...ori..harga murah pilihan bermacam-macam..besar la toko dia...

Ini Parfume collector...perfume dia best..tahan lama...senarai perfume panjang berjela sampai tak tau mana nak pilih...calit yg tu calit yg ni..kuar2 kedai ni..pening kejap..harganya murah..sebotol cuma 45,000rp dlm rm16 utk 50ml

Ohhhh...ini acara packing barang2...kalo di hotel tu ada penimbang elok lah timbang dulu beg tu terutamanya lepas berbelanja di pasar baru...so kita boleh agak2 berapa byk lagi kita boleh membeli...utk kes kami..last minit malam terakhir tu..p upgrade luggagae kat website AA...kalo tidak byk ooo kena tambah duit...so agak2 kalu dah excess luggage..call la mintak bantuan sesapa tlg upgradekan luggae..5kg baru rm10 kalo thru website..tp kalo dah kat kaunter excess luggage setiap 1kg rm16 kalo tak silap..rugiii ooooo
oo...jgn lupa juga simpan 60,000rp utk tax airport di sana..

alhamdulillahhh..selamat melepasi kastam di LCCT